Sunday 17 March 2013

Posted by Unknown at 20:04
Assalamualaikum....
Lame dah Piqah x update blog.. Maklumlah Piqah tengah sibuk dengan kerja sklh dan aktiviti sklh..
Hari nie Piqah ingin kongsikan resepi makanan kegemaran Piqah iaitu" Nasi Ayam"




3 mug beras (mug standard tinggi 4 inci. Kjee guna beras wangi)

4½ mug air

2 inci halia (diketuk)

4 ulas bawang putih (diketuk)

2 sudu besar majerin (Kjee guna Daisy)

3 ketul chicken cube

2 helai daun pandan (kalau suka)



CARA



Masak air sebanyak 4½ mug bersama 3 cube ayam. Beras dibasuh dan tos hingga kering. Panaskan periuk dan cairkan majerin. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk rice cooker. Masukkan daun pandan dan biar ia tanak hingga masak. Lerai2 dengan garfu setelah nasi masak.



SAMBAL



5 biji cili hidup (dibuang biji)

5 cili padi (kalau suka pedas)

2 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu besar sos cili

sedikit garam

sedikit cuka kalau guna



CARA



 Blend semua bahan diatas kecuali sos cili, bersama sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sos cili serta garam (dan cuka kalau guna). Didihkan sampai pekat. Padam api.

 

KICAP



4 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)

beberapa titis minyak bijan

1 senduk air rebusan ayam (untuk sup)

1 sudu besar sos tiram



Campurkan semua bahan2.



AYAM

Ayam panggang



1 ekor ayam

1 biji lemon atau limau nipis

1 biji bawang besar

1 sudu besar rempah rosemary (optional)

butter

garam

lada hitam



Bersihkan ayam luar dan dalam. Potong dua limau nipis atau lemon. Potong dua bawang besar. Kemudian sumbatkan rempah rosemary (kalau guna), bawang dan lemon ke dalam badan ayam menerusi bawahnya (cara ini Kjee tengok dia orang buat di tv).

Kemudian sapu sedikit garam dan lada hitam di keseluruhan badan ayam. Selepas itu, lumurkan pulak dengan butter. Butter akan membuat ayam crispy.

Bakar guna suhu 200 darjah selama lebih kurang 1½ jam.











AYAM GORENG



1 ekor ayam potong dua.

½ periuk air

daun ketumbar (akarnya sahaja)

1 biji bawang besar

garam

serbuk perasa kalau guna



CARA



Didihkan air. Masukkan bawang yang telah dibelah 4, garam, serbuk perasa serta akar daun ketumbar. Akar ini ikut suka letak banyak mana. Aroma dari akar ini akan membuatkan sup sedap. Apabila air mendidih, masukkan ayam ke dalam periuk dan didihkan guna api perlahan kira-kira 10 minit. Kemudian keluarkan ayam, lumurkan dengan sedikit garam dan kicap manis. Kemudian goreng ayam.

Air rebusan ayam tadi boleh dijadikan sup. Kjee turut campakkan kaki ayam serta tulang2 ayam ke dalam stok rebusan ayam ini. Tulang2 dari lebihan yang disimpan untuk tujuan buat sup.



CARA MENGHIDANG



Timun

Salad

daun ketumbar



 

0 comments:

Post a Comment

 

<< CERITERA HIDUPKU >> Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting